UMNO berisiko tempah 'maut' kerjasama PH-DAP

UMNO berisiko tempah ‘maut’ kerjasama PH-DAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: UMNO mengambil risiko menempah maut untuk survival politik parti itu jika mengambil keputusan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP dengan menubuhkan kerajaan perpaduan.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, kerjasama itu sudah tentu memberi kesan kepada imej UMNO sebagai sebuah parti yang memeperjuangkan kemerdekaan dan pada masa sama jelas lantang memperjuangkan agenda Melayu Islam di negara ini.

Beliau berkata, janji-janji yang diberikan pemimpin UMNO untuk tidak bekerjasama dengan PH-DAP sudah tentu akan menimbulkan satu kesangsian dan menghilangkan keyakinan masyarakat pengundi kerana janji itu digunakan untuk meraih undi semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“ini sudah tentu satu jangka masa panjang untuk UMNO memulihkan semula imej parti atas berlakunya pembentukan kerajaan di Perak dan Pahang dan kemungkinan lain yang akan berlaku selepas ini.

“Ia sekali gus satu tamaparan hebat kepada UMNO dan sebuah parti yang secara spesifiknya memperjuangkan politik kepentingan Melayu Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Nirwandy berkata, sukar untuk melihat UMNO memulihkan kembali sentimen yang berlegar di media sosial dan dalam kalangan penyokong parti itu jika kerjasama parti itu berlaku di peringkat Persekutuan.

Malah, ia semakin sukar untuk UMNO mengembalikan imej itu sebagai satu parti teras utama memperjaungkan komuniti Melayu Islam dalam negara.

Justeru, katanya, tidak mustahil masyarakat akan mengalihkan perhatian mereka kepada parti-parti lain yang mempunyai teras sama seperti UMNO dan berkemungkinan parti-parti lain akan mula menjadi dominan dalam arena politik negara berdasarkan teras yang sama.

Ini kerana, katanya, masyarakat masih lagi melihat dominasi politik Melayu Islam dalam negara sebagai sebuah parti yang kuat seterusnya memberi ruang kepada parti lain seperti Pas untuk menjadi tunjang parti utama politik Melayu Islam.

“Namun, sama ada UMNO terus relevan dalam dominasi politik Melayu Islam hanya dapat dilihat dari semasa ke semasa dan kesan awal sudah tentu UMNO hilang keyakinan dan masyarakat terus sangsi apa yang berlaku hari ini dan keputusan UMNO untuk bersama PH termasuk DAP,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.