KUALA LUMPUR : Mesyuarat Biro Politik UMNO diadakan hari ini bagi membincangkan hala tuju seterusnya susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menyaksikan tiada mana-mana gabungan dapat membentuk kerajaan secara bersendirian.
Pada waktu kini, beberapa pemimpin UMNO dilihat tiba di perkarangan Menara Dato’ Onn bagi menghadiri mesyuarat tersebut.
Antaranya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Turut hadir, Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Mesyuarat MKT UMNO turut dijangka diadakan pada pukul 3 petang nanti dan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada 8 malam ini.