UKM, Affin Bank jalin kerjasama lancar kad kredit, debit

UKM, Affin Bank jalin kerjasama lancar kad kredit, debit

MOHD. Suzeren Md. Jamil (tengah) bersama tetamu jemputan dalam majlis pelancaran kad kredit dan debit jenama di Menara Affin, Bangi, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan kerjasama Affin Bank Berhad melancarkan Kad Kredit dan Debit Jenama di Menara Affin, di sini hari ini.

Melalui pelancaran kad yang direka khusus buat warga kampus, alumni serta alumni bersekutu dapat menikmati banyak keistimewaan yang ditawarkan oleh UKM dan Affin Bank.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, Affin Bank amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan UKM dan yakin kerjasama itu akan membawa manfaat secara terus kepada pemegang kad.

“Pemegang-pemegang kad, mereka boleh mendapat manfaat daripada keistimewaan yang ditawarkan oleh kad kredit dan debit, serta produk lain dan penyelesaian kewangan kami yang akan disediakan pada kadar yang kompetitif.

“Kerjasama seumpama ini adalah bukti komitmen Affin Bank untuk meluaskan jaringan segmen pelanggan kami, ke arah memudahkan akses kepada perkhidmatan perbankan. Ini adalah selaras dengan komitmen bank ke arah menyediakan perkhidmatan pelanggan yang tiada tandingan,” katanya ketika waktu majlis pelancaran.

Dengan pelancaran Kad UKM Affin di pasaran hari ini, pemegang kad berkenaan dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan seperti diskaun yuran bagi pendaftaran pengajian pascasiswazah, diskaun khas pembelian atau perkhidmatan daripada syarikat alumni terpilih dan sebagainya.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Mohd. Suzeren Md. Jamil berkata, alumni merupakan aset penting kepada universiti dan penyumbang utama kepada kecemerlangan universiti.

“Sempena majlis konvokesyen UKM ke-50 akan datang, kad ini dibuat khusus untuk memberi penghormatan dan penghargaan kepada alumni. Ia diperkenalkan untuk menonjolkan identiti alumni UKM dan mewakili jalinan sepanjang hayat alumni bersama alma mater mereka.

“Justeru kad alumni UKM-Affin yang bakal dilancarkan membawa signifikan dalam usaha untuk meraikan dan menghargai para alumni sekalian,” jelasnya.

Suzeren menambah, melalui kad tersebut juga, alumni UKM layak menerima pelbagai faedah yang ditawarkan oleh Affin Bank dan universiti seperti pengurangan yuran pendaftaran, penggunaan kemudahan sukan, keahlian perpustakaan dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, di samping berbelanja secara berhemah, alumni juga dapat menyumbang kepada pembangunan dan kecemerlangan universiti melalui perbelanjaan dari kad ini.

“Saya harap dengan pelbagai keistimewaan yang diwujudkan untuk alumni UKM ini, dapat merapatkan lagi jaringan ukhuwah antara universiti dan alumni,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya