UIAM sedia 50 bas hantar 2,040 pelajar pulang mengundi

UIAM sedia 50 bas hantar 2,040 pelajar pulang mengundi

UIAM menyediakan 50 bas untuk pelajar mereka pulang mengundi di kampus Gombak, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Sebanyak 50 bas disediakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi memudahkan 2,040 pelajar universiti itu di kampus Gombak pulang mengundi ke seluruh negeri bermula semalam.

Inisiatif di bawah program ‘Ops Mahasiswa UIAM Pulang Mengundi’ itu digerakkan Pejabat Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan dan Hal Ehwal Pelajar, Kesatuan Pelajar dan Kelab Sahabat Anak Malaysia.

Menurut kenyataan UIAM, bagi pelajar yang pulang ke Sabah dan Sarawak, universiti itu menyediakan sebuah van dan tiga buah bas untuk menghantar pelajar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Sejak semalam, sebanyak 26 buah bas menuju ke destinasi Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan, manakala sebuah van dan sebuah bas membawa pelajar ke KLIA untuk ke destinasi Sabah dan Sarawak.

“Hari ini pula sebanyak 24 buah bas menuju ke Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Kelantan serta baki pelajar Sabah dan Sarawak dihantar ke KLIA,” katanya.

UIAM berkata, bas-bas berkenaan disediakan kerajaan negeri masing-masing melalui usaha sama Persatuan Anak Negeri bagi setiap negeri yang diwakili pelajar.

Seorang pelajar Kulliyah Teknologi Maklumat Komunikasi (KICT), Anis Syaqirah ketika ditemui berkata, inisiatif pihak universiti menyediakan bas amat baik demi memudahkan pelajar pulang tanpa perlu bersesak menggunakan pengangkutan awam.

Dia yang pulang ke ke Manjoi, Perak itu amat teruja bakal mengundi kali pertama tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan bagi kos perjalanan pulang.

Sementara itu, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti) UIAM, Prof. Dr. Akmal Khuzairy Abd. Rahman berkata, program ini sebagai sokongan pihak universiti untuk membantu para pelajar menunaikan tanggungjawab mengundi pada 19 November ini. 

“Kebanyakan mereka ini adalah pengundi kali pertama, jadi dengan adanya inisiatif sebegini, ia sedikit sebanyak dapat mempermudahkan perjalanan mereka untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya