Tindakan tegas cuba ganggu proses buang undi

Tindakan tegas cuba ganggu proses buang undi

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia mengingatkan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengancam ketenteraman awam terutamanya yang boleh menjejaskan proses pembuangan undi esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sebanyak 80,000 petugas PDRM sudah bersedia menghadapi penugasan hari pembuangan undi esok.

Menurutnya, PDRM juga menggerakkan semua elemen yang ada bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin terutama pada hari pembuangan undi seterusnya semasa pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Orang ramai tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kata Acryl Sani, bagi memastikan kelancaran aliran trafik, PDRM melaksanakan Op lancar dengan tumpuan kepada lokasi strategik yang kerap berlaku kesesakan lalu-lintas.

“Semua pihak diingatkan tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat terbuka atau perarakan bagi meraikan kemenangan selepas PRU-15 berakhir.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingkar demi memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat,”jelasnya.

Dalam pada itu beliau memberitahu enam kesalahan utama dikenal pasti PDRM yang berkemungkinan berlaku ketika berkempen dan pengundian pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Acryl Sani berkata, antara kesalahan itu mengoyak poster dan papan tanda parti serta calon yang bertanding, mengeluarkan kata-kata atau perbuatan yang berbaur hasutan dan bergaduh.

“Kesalahan lain yang menjadi perhatian polis melakukan demonstrasi, menyebarkan berita palsu melalui media sosial dan Internet serta melakukan tohmahan.

“Pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya sekiranya mengesan enam kesalahan ini yang lazimnya berlaku pada pilihan raya umum,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Penamaan Calon Parlimen Pantai di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, di sini hari ini.

Katanya, selain tindakan di bawah Kanun Keseksaan, PDRM juga akan menggunakan undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkait secara langsung dengan pilihan raya.

“Tindakan mengikut akta lain yang boleh diambil adalah Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya