Tian Chua ucap tahniah kepada PH

Tian Chua ucap tahniah kepada PH

TIAN CHUA NOTA TERBITAN KOSMO 6 OGOS 2018 ISNIN MUKA 3 060818K Archived By RM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua yang bertanding di Parlimen Batu sebagai calon bebas mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan (PH) yang menang di Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tian Chua berkata, penghargaan sama turut diberikan kepada pengundi-pengundi sama ada penyokong beliau atau tidak kerana mereka sudah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

Menurutnya, beliau terhutang budi dengan jentera yang membantu dirinya berkempen sepanjang PRU15.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada PH di atas kemenangan di Parlimen Batu. Ribuan terima kasih juga kepada pengundi-pengundi di Batu, tidak kira sama ada menyokong saya atau tidak.

“Saya amat berhutang budi kepada seluruh pasukan jentera yang terdiri daripada kalangan sukarelawan dan penyokong yang bertungkus lumus membantu sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya dalam satu kenyataan.

Calon daripada PH, P. Prabakaran berjaya mengekalkan kerusinya dalam berhadapan persaingan 10 penjuru dengan mendapat majoriti undi sebanyak 22,241.

Mengulas lanjut, Tian Chua berkata, walaupun beliau tidak berjaya mendapatkan semula kerusi Parlimen Batu, ia tidak menjadi titik noktah untuk beliau terus menabur bakti.

“Walaupun saya tidak berjaya pada PRU15, saya tidak akan tinggalkan perjuangan membela nasib rakyat dan tetap komited meneruskan usaha saya melaksanakan agenda perubahan serta reformasi.

“Kepada rakyat Malaysia yang memilih, saya ucapkan tahniah. Semoga wakil rakyat dipilih akan memegang mandat ini dengan penuh keikhlasan dan kebijaksanaan agar sistem demokrasi di negara kita terus makmur,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.