Tian Chua lancar arca ‘kerusi rakyat’

Tian Chua lancar arca ‘kerusi rakyat’

TIAN CHUA semasa majlis pelancaran arca 'kerusi rakyat' di hadapan Sky Awani Residence, Kuala Lumpur - UTUSAN/ARIF AIMAN ASROL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Calon Bebas di Parlimen Batu, Tian Chua melancarkan ‘kerusi rakyat’ sebagai simbolik bahawa kerusi diduduki oleh ahli politik adalah hak milik kekal rakyat.

Bekas Ahli Parlimen Batu itu berkata, arca tersebut akan melambangkan bahawa kerusi yang menjadi rebutan pelbagai pihak untuk bergelar sebagai Ahli Parlimen adalah milik rakyat.

Malah, menurut beliau, tujuannya membina arca tersebut bukan sebagai strategik dalam kempennya sebaliknya hanya untuk memberitahu kepada rakyat berkenaan hak mereka sebagai pengundi.

“Ini adalah satu karya direka bentuk dengan jangka masa singkat, hanya minggu lalu kita berbincang dengan artis, Hishamuddin Rais. Kita dapat ilham untuk mengingatkan bahawa kerusi yang kita rebut-rebut sebagai Ahli Parlimen ni sebenarnya adalah milik rakyat.

“Maknanya, ini akan melebihi sempadan Parlimen Batu. Arca ini bukan propaganda untuk menangkan Tian Chua tetapi saya ingin melalui kempen ini dengan membawa falsafah yang lebih jauh daripada kita nak undi siapa, menang siapa dan sebagainya,” katanya selepas majlis pelancaran.

‘Kerusi rakyat’ yang berukuran 12 kaki tinggi (3.1 meter) dan 20 kaki lebar (6.1 meter) didirikan di lapan lokasi terpilih di sekitar kawasan Parlimen Batu.

Sementara itu bekas Naib Presiden PKR itu berkata, bahawa beliau adalah seorang refomis jadi sekiranya menang beliau tidak akan bersekutu dengan pihak lawan iaitu Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

“Saya berdiri tegas menolak kerajaan kleptokrasi. Saya akan bersama dengan Pakatan Harapan (PH) melawan mereka yang menyeleweng dalam Parlimen. Itu jelas.

“Sama ada nak sokong P. Prabakaran atau saya, pendirian saya tetap sama. Saya ingin tegaskan perjuangan saya tidak terpisah daripada perjuangan yang saya mula sebagai seorang aktivis renfomasi,” katanya.

Tian Chua bertanding di Parlimen Batu sebagai calon bebas dan bakal berhadapan dengan Prabakaran sebagai calon PH serta 8 calon lain yang menyaksikan Parlimen tersebut berhadapan 10 penjuru. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya