Tiada parti menang majoriti bentuk kerajaan - SPR

Tiada parti menang majoriti bentuk kerajaan – SPR

ABDUL Ghani Salleh ketika mengumumkan keputusan rasmi PRU15 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada mana-mana parti berjaya memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada keseluruhan jumlah 219 kerusi dipertandingkan bagi peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, begitu juga bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dan Perak, tiada mana-mana parti politik berjaya memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada keseluruhan masing-masing 41 kerusi dan 59 kerusi dipertandingkan.

Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) memenangi sebanyak 76 kerusi di peringkat Parlimen, diikuti Perikatan Nasional (PN) 51 kerusi; Barisan Nasional (BN) 30 kerusi dan masing-masing 22 kerusi bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Pas.

Selain itu, kata beliau,  Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh enam kerusi, manakala DAP berjaya mendapat lima kerusi dan calon Bebas, dua kerusi.

“Parti Ikatan Demokratik Rakyat (Muda) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) masing-masing memperoleh satu kerusi,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan rasmi PRU15 setakat pukul 4.30 pagi, di sini hari ini.

Abdul Ghani berkata, sebanyak tiga kerusi Parlimen tidak diumumkan iaitu Parlimen Padang Serai berikutan kematian salah seorang calon, manakala Kota Marudu dan Baram tidak dapat diadakan akibat masalah cuaca. 

Beliau berkata, jumlah peratusan keluar mengundi bagi keseluruhan 219 kerusi Parlimen adalah 73.89 peratus.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, bagi kerusi DUN Pahang, Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) pula mendapat 16 kerusi dan diikuti Pakatan Harapan (PH), lapan kerusi. 

“Satu bahagian pilihan raya negeri N42 Tioman tidak dapat diadakan ekoran kematian salah seorang calon. Tiada mana-mana parti berjaya memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan dengan peratusan pengundian sebanyak 70.48 peratus,” katanya. 

Bagi peringkat DUN Perak, Abdul Ghani berkata, PN turut mendahului kerusi negeri berkenaan dengan memperoleh 26 kerusi dengan berbeza dua kerusi berbanding PH yang menang 24 kerusi. 

Ia sekali gus melenyapkan kubu BN di negeri berkenaan apabila parti itu hanya memperoleh sembilan kerusi pada PRU kali ini dengan peratusan mengundi sebanyak 66.71 peratus. 

PN juga menoktahkan penguasaan BN di Perlis dengan hanya satu kerusi diperoleh PH dengan menang bergaya 14 daripada 15 kerusi DUN yang dipertandingkan sekali gus menguasai majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi DUN.

Satu lagi kerusi itu dimenangi calon Pakatan Harapan (PH), Gan Ay Ling bagi DUN Indera Kayangan.

Dalam pada itu, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah, ia dimenangi parti Warisan yang diwakili calonnya, Jamil Hamzah. – UTUSAN  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.