Tiada pakatan antara BN-PH atau BN-PN, dewan Tertinggi BN akan buat keputusan - Utusan Malaysia

Tiada pakatan antara BN-PH atau BN-PN, dewan Tertinggi BN akan buat keputusan

pru15
Pertemuan antara Anwar ZIbrahim dan pemimpin Barisan Nasional di Hotel Seri Pasific hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebarang pakatan dibentuk antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu lalu, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, sebarang ketetapan untuk menyertai mana-mana gabungan parti  politik bagi membentuk kerajaan baharuhanya akan diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN setelah mendapat maklum balas daripada jawatankuasa rundingan yang ditubuhkan.

“Kita ambil ketetapan bahawa ahli-ahli Parlimen BN akan ikut ketetapan Dewan Tertinggi BN yang hanya akan membuat keputusan untuk menyertai mana-mana gabungan parti politik bagi membentuk kerajaan baharu negara ini berdasarkan jawatankuasa rundingan yang telah kami bentuk untuk mengadakan rundingan dengan pihak yang akan bentuk kerajaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Ismail Sabri Yaakob bersalaman denga Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pada pertemuan hari ini.

Sebelum itu Ahmad Zahid bersama Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia mencetuskan spekulasi bahawa BN akan menyokong PH bagi membentuk kerajaan.

Sebelum ini tular bahawa 20 ahli Parlimen BN telah menandatangani akuan bersumpan menyokong Perikatan Nasional sebagai kerajaan.

Ahmad Zahid berkata, sebarang kenyataan bahawa BN menyertai mana-mana gabungan yang ada adalah tidak benar.

Katanya, tidak ada perbincangan termasuk dengan pihak PN bahawa BN menyokong mereka untuk membentuk kerajaan.

“Dalam hal ini segala keputusan hanya akan dibuat setelah jawatan kuasa rundingan bertemu dengan mana-mana pihka yang mahu membentuk kerajaan dan setelah Dewan Tertinggi  BN memutuskan secara rasmi dan setelah mendengar semua maklum balas dari jawatan kuasa rundingan.

“Tiada rundingan secara rasmi setakat ini,” katanya.

A

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya