Tiada kerjasama dengan parti tebuk atap, Bossku selepas PRU15 - Tun M - Utusan Malaysia

Tiada kerjasama dengan parti tebuk atap, Bossku selepas PRU15 – Tun M

DR. Mahathir Mohamad (dua kanan) semasa hadir ke Program Kebangkitan Rakyat Kelantan Bersama Negarawan di Salor, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) mengesahkan sama sekali tidak akan membentuk kerjasama dengan parti tebuk atap (Bersatu) dan Bossku (Barisan Nasional) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, bagaimanapun pihaknya bersedia untuk membentuk gabungan bersama dengan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

“Buat masa ini kita tidak membuat tawaran atau menerima pelawaan daripada parti-parti yang bertanding di Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang akhbar pada Program Himpunan Kebangkitan Rakyat Kelantan Bersama Negarawan di Salor, di sini hari ini.

GTA merupakan pakatan yang terdiri daripada empat parti politik iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) serta gabungan pertubuhan bukan kerajaan yang membentuk Gagasan Bangsa (GB).

Pada PRU15, calon GTA bertanding menggunakan logo Pejuang kecuali di Kelantan yang menggunakan logo Putra.

GTA meletakan 121 calon bertanding bagi merebut kerusi Parlimen pada PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya