PETALING JAYA: Tempahan kereta jenis Mercedes S600 yang dibeli oleh Jabatan Perdana Menteri sempat dibatalkan sekali gus tiada isu-isu yang berbangkit.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu selepas beliau membuat semakan terperinci sebelum membatalkan tempahan berkenaan.
“Kereta Mercedes tak sampai…saya pakai kereta ini (Toyota Camry) okay kan? Mana-mana kereta yang ada.
“Sebenarnya, ia (Mercedes) dipesan oleh Perdana Menteri yang lalu tapi saya semak, tengok boleh tak batal. Sempat batal,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), di sini hari ini. – UTUSAN