Tak mustahil 'underdog' tewaskan Muhyiddin - Razali - Utusan Malaysia

Tak mustahil ‘underdog’ tewaskan Muhyiddin – Razali

RAZALI Ibrahim ditemui selepas proses penamaan calon bagi Parlimen Pagoh di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Meskipun dilabelkan sebagai ‘underdog’, namun calon Barisan Nasional (BN) yakin tidak mustahil untuk menjatuhkan calon ‘heavyweight’, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen Pagoh.

Datuk Seri Razali Ibrahim yang diberikan kepercayaan itu mengakui BN tetap memiliki peluang untuk menang di Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Beliau yang merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menegaskan, apa yang penting ketika ini adalah memperkemas jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja bagi mencapai kemenangan.

“Dalam pilihan raya, tidak ada orang boleh beritahu pada hari pencalonan siapa boleh menang. Perasaan pasukan yang bertanding pun, semua mahukan kemenangan.

“Walaupun di sini (Parlimen Pagoh) kita ‘underdog’ dan bukan penyandang, ia memberikan kita galakan untuk lebih bersemangat bekerja,” katanya ditemui selepas proses penamaan calon Parlimen Pagoh di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh, di sini hari ini.

Pada PRU15, kerusi Parlimen Pagoh menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Razali, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd. Rahman.

Pada PRU14, Muhyiddin mempertahan kerusi Parlimen Pagoh dengan majoriti 6,927 undi.

Dalam pada itu, Razali yang juga bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengakui telah membuat persiapan bagi menghadapi pertandingan di Pagoh selepas dimaklumkan akan dicalonkan di kawasan Parlimen itu.

Beliau mengakui tidak gementar untuk berdepan dengan Muhyiddin dan status sebagai calon ‘underdog’ memberi semangat untuknya bekerja lebih kuat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya