Tabur fitnah bukan kebebasan bersuara

Tabur fitnah bukan kebebasan bersuara

KAMIL MUNIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kebebasan bersuara tidak menghalalkan perbuatan menyebarkan fitnah dan kebencian kepada rakyat Malaysia. 

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Munim berkata, ada parti bersikap agresif pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Beberapa kenyataan lewat ini yang dikeluarkan oleh segelintir pimpinan parti itu dilihat sebagai melampau, angkuh dan liar. 

“Sementara kita menjunjung hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan, namun kebebasan tersebut tidak termasuk untuk menghina dan memfitnah sesuka hati tanpa segan silu. 

“Sikap demikian juga tidak sama sekali melambangkan prinsip dan akhlak Islamiah seperti yang dilaungkan. Bahkan tindakan tersebut adalah perbuatan yang terkutuk dan hina di sisi agama,” katanya. 

Menurut Kamil, ucapan beberapa pemimpin yang menghina dan menfitnah pihak yang tidak sehaluan adalah cubaan untuk menakutkan rakyat khususnya masyarakat Melayu. 

“Mempertahan kepimpinan ulama itu seharusnya membawa maksud teguhkan nilai-nilai kepimpinan Islam yang menganjurkan perdamaian dan mempamer akhlak pimpinan yang baik.

“Ia bukan mempertahan sikap pemimpin yang penuh dengan adu domba dan caci maki yang akhirnya akan meninggalkan kesan yang buruk kepada masyarakat dan negara. Gejala ini harus dibendung segera bagi memastikan ianya tidak menimbulkan keresahan dan ketidaktenteraman awam. 

“Pemimpin berkenaan harus segera berhenti menyebar dakyah kebencian yang tidak berasas sebaliknya menumpukan kepada usaha membina semula negara dan memperkukuh ekonomi,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya