Syed Saddiq pertahan Parlimen Muar - Utusan Malaysia

Syed Saddiq pertahan Parlimen Muar

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertanding mempertahan kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pencalonan Syed Saddiq diumumkan Pengarah Pilihan Raya Muda, Amira Aisya Abd. Aziz malam ini.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu adalah penyandang kerusi Parlimen Muar.

Pada PRU-14, Syed Saddiq yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) daripada Bersatu menewaskan penyandang kerusi Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim (Barisan Nasional) dan Abdul Aziz Talib (Pas) dengan majoriti 6,953 undi.

Selain Parlimen Muar, Muda mengumumkan empat calonnya yang akan bertanding, iaitu Muhammad Danial Abdul Majeed di kerusi Parlimen Kepala Batas; Siti Rahayu Baharin (Tanjong Karang), Lim Wei Jiet (Tanjung Piai) dan Shahrizal Denci bagi Kota Marudu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya