Status perkahwinan Britney Spears, Sam Ashgari cetus persoalan

Status perkahwinan Britney Spears, Sam Ashgari cetus persoalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Status perkahwinan penyanyi popular, Britney Spears dan Sam Ashgari mencetuskan persoalan apabila pasangan itu dikatakan belum berkahwin secara sah serta tidak tinggal serumah.

Khabar angin seperti dikongsi dalam video TikTok itu dikatakan tercetus daripada satu episod podcast di Deuxmoi, baru-baru ini apabila topik mengenai Spears diperkatakan.

DeuxMoi adalah profil gosip tanpa dikenali di Instagram yang menyiarkan cerita tentang selebriti.

Pemilik misteri akaun tersebut turut mendedahkan, dia mendapat maklumat tersebut dari sumber dalaman.

Ditanya hubungan selebriti tersebut, Deuxmoi mendakwa, Spears dan Ashgari belum menghantar permohonan untuk mengesahkan perkahwinan mereka di sisi undang-undang.

“Lelaki itu tidak tinggal serumah dengan Spears. Itu apa yang saya dengar,” katanya.

Difahamkan, penyanyi lagu Baby One More masih mengalami trauma sejak tahun lalu dan pengurusannya mencadangkan Ashgari memberi Spears sedikit masa untuk pulih sepenuhnya.

Ashgari menjalinkan hubungan dengan Spears sejak 2016 ketika mereka merakamkan video muzik lagu Slumber Party.

Hubungan tersebut menyebabkan peminat penyanyi berusia 40 tahun itu mendakwa Ashgari sengaja mendekatinya demi wang.

Sebelum ini, selebriti yang berasal dari Mississippi, Amerika Syarikat itu memaklumkan, dia teringin untuk mempunyai anak sendiri dan berkahwin semula selepas beberapa kali gagal dalam perkahwinan.

Jun lalu, media antarabangsa melaporkan suasana harmoni dan kemeriahan majlis perkahwinan secara tertutup Spears dan Ashgari dicemari dengan insiden pencerobohan bekas suaminya, Jason Alexander.

Alexander menceroboh dan memasuki kediaman Spears dan dilihat bertengkar dengan kakitangan yang bertugas di majlis itu.

Spears bertunang dengan Ashgari pada April lalu, sebelum mengumumkan dirinya sudah hamil.

Spears mempunyai dua anak, Preston, 16, dan Jayden James, 15, hasil perkahwinan dengan bekas suami, Kevin Federline.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.