SPRM sedia siasat dakwaan Rafizi

SPRM sedia siasat dakwaan Rafizi

AZAM Baki ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Pengurniaan Kehormatan Negeri Kelantan Sempena Hari Keputeraan, Sultan Muhammad V Kali Ke-53 di Istana Balai Besar, Kota Bharu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia melakukan siasatan dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion di Sungai Langat 2, jika mempunyai asas.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini, SPRM masih belum menerima sebarang laporan secara rasmi berhubung perkara tersebut, namun, pihaknya mengambil maklum mengenai kes terbabit. 

Menurutnya, SPRM kini mengambil perhatian terhadap segala maklumat yang diterima termasuk laporan disiarkan di media sebelum ini. 

“Pada masa sama, SPRM mengalu-alukan kedua belah pihak termasuk Rafizi dan Menteri Alam Sekitar dan Air (Kasa), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk memberi keterangan jika mereka bersedia. 

“Saya difahamkan perkara ini dinafikan oleh Tuan Ibrahim dan Surat Tuntutan (Letter Of Demand) dikemukakan kepada Rafizi,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pengurniaan Kehormatan Negeri Kelantan Sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Kali Ke-53 di Istana Balai Besar hari ini. 

Azam memberitahu, jika perkara itu dapat dibuktikan kebenaran oleh Tuan Ibrahim tiada keperluan untuk menjalankan siasatan. Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, beliau bersedia mengemukakan bukti berbubung dakwaan terbabit kepada SPRM.

Bagaimanapun, katanya, beliau sudah memberi notis menuntut Rafizi membuat permohonan maaf selama tujuh hari jika tiada penjelasan laporan polis akan dibuat.

Utusan Online semalam melaporkan, Rafizi mencabar Tuan Ibrahim meneruskan niat menyamannya berhubung isu kelulusan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion. 

Timbalan Presiden PKR itu berkata, beliau akan tampil ke mahkamah kerana mendakwa mempunyai bukti kukuh mengenai penyelewengan yang berlaku. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya