SPRM hadir ambil dokumen di pejabat Rafizi Ramli

SPRM hadir ambil dokumen di pejabat Rafizi Ramli

rafizi
RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah hadir ke pejabat Invoke Solutions Sdn. Bhd. semalam bagi mengambil dokumen berkaitan siasatan ke atas syarikat itu.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, kehadiran beberapa pegawai SPRM ke pejabat berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi merupakan prosedur biasa sekiranya sesuatu siasatan dijalankan.

Kata beliau, tiada keterangan mana-mana individu diambil sebaliknya hanya mendapatkan penerangan berkaitan dokumen yang diperoleh.

“Kesemua dokumen berkenaan diambil untuk dikaji, susulan dari laporan yang dikemukakan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) minggu lalu mengenai nilai aset bersih RM18.85 juta milik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

“Selepas itu, baru tindakan selanjutnya akan diambil bergantung kepada dokumen yang diteliti,” katanya ringkas di sini hari ini.

Terdahulu, Rafizi ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah Mega Ayuh Malaysia, Kita Boleh di Wangsa Maju di sini, malam tadi mendedahkan syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd diserbu SPRM.

Dalam ucapan berkenaan Rafizi mempersoalkan tindakan itu kerana mendakwa sudah mendedahkan skandal membabitkan projek kapal tempur pesisir (LCS) dan projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion berserta bukti sebelum ini, namun perkara itu tidak disiasat SPRM.’

Sebelum ini, SPRM memaklumkan akan membuka kertas siasatan berhubung perisytiharan harta yang dilakukan Rafizi, susulan satu laporan yang dibuat sebuah NGO berhubung pengisytiharan oleh calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pandan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya