Skuad PMINT Prihatin siap sedia bantu mangsa banjir 

Skuad PMINT Prihatin siap sedia bantu mangsa banjir 

WAN Adnan Wan Derahman (dua dari kanan) menerima sebahagian daripada barangan keperluan untuk disalurkan kepada PMINT Prihatin di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 120 sukarelawan daripada kakitangan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) menyertai Skuad PMINT Prihatin bagi membantu mangsa banjir di negeri ini pada musim tengkujuh nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Wan Adnan Wan Derahman berkata, inisiatif tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) PMINT untuk meringankan beban mangsa banjir.

Menurutnya,  pihaknya juga mewujudkan  Tabung PMINT Prihatin dengan dana awal sebanyak RM20,000.

“Dana ini akan bertambah selepas kita membuat kutipan dalam kalangan pegawai dan kakitangan di lapan anak syarikat PMINT serta penyumbang yang lain dengan jangkaan ia bertambah RM50,000 bagi tempoh tiga bulan lagi.

“Kita juga akan bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk membimbing sukarelawan PMINT berkaitan proses bantuan kepada mangsa banjir agar semuanya berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan PMINT Prihatin di sini, hari ini.

Menurut Wan Adnan, sukarelawan skuad tersebut akan membantu mangsa banjir  membersihkan rumah pasca banjir dan menyampaikan bantuan barangan keperluan.

“Selain itu, sukarelawan terlibat juga sesuai membantu mangsa kebakaran dan mangsa kemalangan di negeri ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.