[SIDANG DUN] Kerugian sektor pertanian di Terengganu cecah RM12 juta - Utusan Malaysia

[SIDANG DUN] Kerugian sektor pertanian di Terengganu cecah RM12 juta

DR. AZMAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerugian sektor pertanian Terengganu ekoran kejadian banjir, hujan lebat dan ribut mencecah RM12 juta dari Disember 2021 sehingga Februari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, bencana yang berlangsung sepanjang tempoh itu meninggalkan kesan mendalam kepada sektor sekuriti makanan negeri.

Menurutnya, sektor perikanan akuakultur mencatatkan kerugian terbesar iaitu RM8.56 juta melibatkan seramai 175 pengusaha.

“Daripada jumlah itu, 104 pengusaha adalah pemilik sangkar manakala bakinya penternak ikan kolam. Ada tiga daerah yang paling teruk terjejas iaitu Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Rozi Mamat (BN-Telemong) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Menjawab soalan tambahan Rozi yang ingin tahu bantuan dihulurkan kerajaan negeri pula, Dr. Azman berkata, sebanyak RM221,000 disalurkan melalui bantuan tunai Tabung Bencana Pertanian Negeri Terengganu.

“Selain itu, pengusaha yang terjejas juga mendapat bantuan Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan dari Kerajaan Persekutuan dalam bentuk peralatan dan input bernilai RM2.079 juta.

“Setiap penternak dapat bantuan bernilai antara RM5,000 hingga RM10,000 bergantung kepada kerugian masing-masing. Penyerahan telah dibuat pada 2 November lalu di Kampung Getang, Hulu Terengganu.

“Dalam masa yang sama, kerajaan negeri bantu juga untuk pengusaha akuakultur yang terjejas membuat penyelarasan dan penjadualan semula pinjaman dengan agensi pembiaya seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Agrobank dengan penternak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya