[SIDANG DUN] Kerja gantian paip Kelantan dijangka siap 2024 - Utusan Malaysia

[SIDANG DUN] Kerja gantian paip Kelantan dijangka siap 2024

AZAMI MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerja-kerja penggantian paip lama di negeri ini dijangka siap pada 2024 bagi memastikan sistem bekalan air bersih di negeri ini berjaya dipulihkan sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd. Nor berkata, penggantian paip lama kepada baharu yang bermula pada 2018 membabitkan perbelanjaan berjumlah RM73.6 juta melibatkan jajahan Kota Bharu, Gua Musang dan Tumpat dengan sepanjang 91 kilometer (km).

“Terbaharu di bawah pakej tiga melibatkan Kota Bharu Utara, Kota Bharu Timur, Tumpat, Kota Bharu 11, Kota Bharu Selatan berada dalam proses penyediaan dokumen tender.

“Cadangan projek di bawah pakej tiga melibatkan penyediaan paip sepanjang 95km dan dijangka siap pada 2024,” katanya ketika menjawab soalan Rohani Ibrahim (Pas-Tanjong Mas) semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Azami memberitahu, cadangan kerja penggantian paip lama 2019 pula melibatkan perbelanjaan sebanyak RM141.2 juta melibatkan jajahan Tanah Merah, Kuala Krai, Kota Bharu dan Machang dengan paip sepanjang 226km, dijangka siap pada 2024.

Katanya, pembinaan telaga di Loji Rawatan Air Tanjong Mas di bawah pakej satu masih dalam proses pembinaan dan tarikh masuk tapak adalah pada 15 November 2021.

“Kemajuan kerja sehingga September 2022 mengikut jadual adalah pada tahap 77 peratus namun perkembangan sebenarnya adalah pada tahap 70 peratus.

“Di bawah pakej dua pembinaan Loji Rawatan Air Tanjong Mas, perancangan kita adalah melibatkan kapasiti 30 juta liter air sehari dan tarikh pengeluaran tender dijangka pada November ini,” jelasnya.

Sementara itu bagi menjawab soalan tambahan Mohd. Syahbuddin Hashim (BN-Galas), beliau memberitahu, sebahagian besar proses penukaran paip adalah di bawah seliaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

“Penglibatan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) adalah di dalam proses pembinaan loji dan loji rawatan air di Gua Musang dijangka siap pada awal tahun hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya