Shahril Hamdan pertama serah borang pencalonan Alor Gajah

Shahril Hamdan calon pertama serah borang pencalonan Parlimen Alor Gajah

SHAHRIL Sufian Hamdan dan Adly Zahari tiba di Pusat Penamaan Calon Parlimen Alor Gajah di Dewan Taming Sari UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/HADI AB. MANAP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menjadi calon pertama tiba di Pusat Penamaan Calon Parlimen Alor Gajah di Dewan Taming Sari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah di sini kira-kira pukul 9.05 pagi tadi.

Kehadiran calon Barisan Nasional (BN) itu dengan berbaju Melayu lengkap berwarna biru diiringi Ketua Bahagian UMNO Alor Gajah, Datuk Rospandi Leman.

Calon seterusnya yang tiba ialah calon Gerakan Tanah Air (GTA), Muhammad Nazriq Abdul Rahman memakai kemeja berwarna putih serta bersongkok.

Sesi ketibaan calon untuk penyerahan borang pencalonan diikuti bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari yang juga calon Pakatan Harapan (PH).

Penyandang kerusi, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof tiba lima minit selepas Adly dengan berbaju Melayu berwarna biru Perikatan Nasional (PN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya