Seronok tak tengok wayang semalam - Peja tanya Anwar

Seronok tak tengok wayang semalam – Peja tanya Anwar

KENDERAAN membawa Ahmad Faizal tiba di rumah Muhyiddin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang tiba di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara pukul9.30 pagi ini berseloroh dengan bertanya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, seronokn atau tidak menonton wayang semalam.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Peja menurunkan cermin tingkap keretanya dan bertegur sapa dengan  petugas media yang menunggu.

“Semalam makan kenyang tak? Tanya Anwar dia tengok wayang semalam cerita apa, seronok tak?

“Kita tak tengok wayang, kita munajat, tak makan ‘popcorn’,” katanya berseloroh.

Pekarangan rumah Muhyiddin terus menjadi tumpuan susulan kemelut pembentukan negara hari kelima selepas pilihan raya umum.

Kerajaan baharu masih gagal dibentuk walaupun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selesai Sabtu lalu ekoran tiada parti yang mendapat undi majoriti mudah 112 bagi membentuk kerajaan.

Sementara itu, satu Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja diadakan hari ini bagi membincangkan pelantikan Perdana Menteri Ke-10.

Perbincangan khas itu bertujuan untuk Seri Paduka mendapat pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya