Sepang adalah kampung halaman saya - Rina Harun

Sepang adalah kampung halaman saya – Rina Harun

RINA Harun melawat mangsa banjir di PPS Dewan Komuniti Dengkil, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: “Sepang adalah kampung halaman saya. Saya dilahirkan dan membesar di sini, malah, karier politik saya juga bermula di sini,” kata calon Perikatan Nasional (PN) P113 Sepang, Datuk Seri Rina Harun.

Beliau dengan tegasnya menafikan bahawa dirinya calon luar, malah, Sepang adalah tempat permainannya sejak dari kecil.

“Bagaimana lagi saya nak beritahu pengundi di Sepang bahawa saya memang orang Sepang.

“Saya juga ingin maklumkan bahawa ibu saya sendiri dilahirkan di Salak Tinggi dan arwah datuk saya pernah menjadi Imam Masjid Kampung Salak Tinggi,” katanya ketika meninjau mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Dengkil di sini hari ini.

Katanya, beliau mahu pengundi di Sepang memilihnya pada Sabtu ini supaya beliau dapat berbakti di kampung halaman sendiri.

Rina berkata, jika di Kuala Lumpur (Titiwangsa) lampu terang benderang, namun, di Sepang ini masih ada kampung yang tiada lampu jalan dan masih bergelap.

“Tolong bantu saya untuk saya bantu rakyat di Sepang. Setakat ini, saya diterima baik di Sepang dan harap ia dapat diterjemahkan pada Sabtu ini,” katanya.

Katanya, beliau berada di Sepang sejak bertahun-tahun lamanya dan bukan hanya muncul ketika waktu pilihan raya sahaja.

Ditanya siapa saingan utamanya di Sepang, Rina berkata, Sepang dikatakan kubu kuat Pakatan Harapan (PH) namun, ketika ini sokongan itu sudah beralih kepada PN.

“Alhamdulilhah, jika dahulu ada yang menyesal kerana sokong PH kini akan menyokong pula PN pada 19 November ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya