Selesaikan segera masalah banjir di Ampang

Selesaikan segera masalah banjir di Ampang

DR. NURUL ASHIKIN MABAHWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Hujan setiap hari yang melanda Lembah Klang merisaukan calon yang bertanding mewakili parti Gerakan Tanahair, Dr. Nurul Ashikin Mabahwi kerana banyak kawasan sudah dilanda banjir.

Beliau yang juga pakar dalam pengurusan banjir dan tanah runtuh berharap dapat terus menggandakan usaha bertemu pengundi di kawasan yang ditandingi bagi memperkenalkan diri dan misi partinya.

Nurul Ashikin yang merupakan Ketua Pejuanita Pejuang Tanahair beryukur di sebalik cuaca kurang baik, rentak kempennya tetap berjalan lancar.

“Saya berharap dapat jumpa seberapa ramai pengundi di Ampang dan memperkenalkan  kenalkan diri.

“Oleh kerana setiap hari hujan, saya lebih risaukan nasib penduduk di kawasan-kawasan banjir Ampang ini. Itu lebih penting. Sehingga sekarang tiada penyelesaian isu banjir di Ampang,” ujarnya kepada Utusan Online.

Beliau yang mahu dikenlai sebagai Dr. banjir berharap akan dapat melawat semua kawasan untuk berkempen memandangkan sambutan yang dIterima kini menggalakkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya