Selepas hampir dua jam, pertemuan BN-PN masih jadi tanda tanya

Selepas hampir dua jam, pertemuan BN-PN masih jadi tanda tanya

PETUGAS media masih menunggu di luar Hotel St. Regis, lokasi yang dikatakan menjadi pertemuan antara pemimpin BN dan PN.

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua jam, pertemuan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN)  di Hotel St. Regis di sini, hari ini masih menjadi tanda tanya.

Tiada pergerakan keluar pemimpin kedua-dua gabungan itu selepas hadir perjumpaan berkenaan, dipercayai bermula kira-kira pukul 3 petang ini.

Malah, kelibat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga belum kelihatan.

Bagaimanapun, timbul cakap-cakap Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang tiba pukul 3.04 petang ini, mewakili Pengerusinya.

Terdahulu, sumber media melaporkan, pertemuan itu diadakan bagi mendengar cadangan PN berhubung pembentukan kerajaan.

Langkah itu dipercayai selaras dengan keputusan Dewan Tertinggi semalam, selepas BN sudah mendengar cadangan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Antara pemimpin yang dipercayai sudah hadir ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN