Selepas Anwar sah PM, kediaman Muhyiddin dikerumuni

Selepas Anwar sah PM, kediaman Muhyiddin dikerumuni kenderaan mewah

KENDERAAN yang dilihat memasuki pekarangan rumah Muhyiddin selepas Anwar dinamakan sebagai Perdana Menteri. - AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perkarangan kediaman rumah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dikerumuni kenderaan mewah terutamanya kereta jenis Toyata Vellfire dan Alphard.

Kenderaan mewah itu tiba secara beransur-ansur bermula pukul 2.45 petang tadi, dipercayai melibatkan pimpinan gabungan serta parti komponennya.

Mereka tiba selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Perdana Menteri ke-10.

Setakat ini, hanya kenderaan membawa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusoff keluar meninggalkan kediaman di sini pada pukul 2.55 petang tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang pergerakan keluar direkodkan pemimpin gabungan itu yang tiba sejak awal pagi tadi.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar yang juga Presiden PKR sebagai Perdana Menteri, sekali gus bakal menamatkan kemelut pembentukan kerajaan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan pada pukul 5 petang ini di lstana Negara. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya