Selangor Master: Shahriffuddin, Boriboonsub kongsi pendahulu  

PKNS Selangor Master: Shahriffuddin, Boriboonsub kongsi kedudukan pendahulu  

SHAHRIFFUDDIN Ariffin bangkit pada hari ketiga kejohanan untuk berkongsi kedudukan sebagai pendahulu pada kejohanan golf PKNS Selangor Master di Kelab Golf Seri Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain profesional negara, Shahriffuddin Ariffin berkongsi kedudukan sebagai pendahulu hari ketiga kejohanan golf PKNS Selangor Master hari ini bersama pemain dari Thailand, Denwit Boriboonsub.

Selepas tiga hari kejohanan, mereka masing-masing terikat dengan 8 di bawah par 205 pukulan keseluruhan, meninggalkan seorang lagi pemain negara, Danny Chia yang kini mengumpul 207 pukulan 6 di bawah par.

Selepas agak hambar pada hari kedua dengan skor 72 pukulan satu di atas par, Shahriffuddin bangkit pada hari ketiga selepas membenam 5 birdie satu eagle dan dua bogey untuk mengumpul skor 66 pukulan lima di bawah par. 

Turut menyamai catatan yang dilakar Danny Chia ialah pemain dari Filipina, Lloyd Jefferson Go untuk berkongsi kedudukan di tangga ketiga.

Sementara itu, Amir Nazrin yang cemerlang pada hari pertama selepas membenam tujuh birdie satu bogey dengan 65 pukulan enam di bawah par, gagal mengekalkan rentak cemerlang pada hari kedua dan ketiga kejohanan selepas melakukan 72 dan 73 untuk mengumpul 210 pukulan, ketinggalan satu pukulan di belakang pemain Australia, Jack Murdock (209 pukulan). – UTUSAN

  1. Shahriffuddin Ariffin -8 67 72 66 205
  2. Denwit Boriboonsub -8 67 70 68 205
  3. Lloyd Jefferson Go -6 68 73 66 207
  4. Danny Chia -6 70 70 67 207
  5. Jack Murdoch -4 70 68 71 209
  6. Amir Nazrin -3 65 72 73 210
  7. Suteepat Prateeptienchai -2 71 75 65 211
  8. Gregory Foo -1 70 68 74 212
  9. Kieran Vincent Par 73 71 69 213
  10. Joe Heraty Par 68 74 71 213
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya