Selangor Master kembali…135 pemain mula berentap hari ini

Selangor Master kembali…135 pemain mula berentap hari ini

AMIRUDDIN Shari bersama para penaja dalam sidang media selepas majlis pelancaran kejohanan golf Selangor Masters 2022 di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 135 pemain luar negara dan Malaysia kini sedang berentap pada kejohanan golf Selangor Masters 2022 yang kembali menemui peminat di Kelab Golf Seri Selangor selepas tertangguh penganjurannya akibat Covid-19.

Kejohanan di bawah Jelajah Pembangunan Asia (ADT) kali ini menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak AS$150,000 (RM687,000) dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai penaja utama.

Selangor Master 2022 kali ini lebih memberi saingan kepada 60 pemain profesional tuan rumah seperti Sharifuddin Ariffin dan Paul San yang kini masing-masing berada di kedudukan ke-7 dan ke-9 dalam Order of Merit ADT.

Nombor satu dan dua dalam ranking itu kini milik dua pemain Thailand, Suteepat Prateeptienchai dan Chonlatit Chuenboonngam, masing-masing telah memenangi AS$57,538 (RM263,524) dan AS$56,138 (RM257,112) setakat ini, turut berentap pada kejohanan ini.

Seramai 10 pemain profesional terbaik dalam Order of Merit akan memperoleh tiket untuk berentap dalam Jelajah Asia.

Turut dilihat berpeluang untuk mara ke 10 teratas ialah Ervin Chang yang kini menduduki tempat ke-15, Ben Leong (tempat ke-50) selain Galven Green, Khor Kheng Hwai, Danny Chia dan Airil Rizman.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran kejohanan itu berkata, golf memainkan peranan penting dalam usaha berterusan kerajaan negeri memacukan ekonomi pelancongan sukan.

Beliau juga berharap Selangor akan dapat menjadi tuan rumah lagi pada kejohanan-kejohanan lain dalam Jelajah Asia.

“Pandemik Covid-19 yang melanda negara selama dua tahun telah menghalang kami untuk menganjurkan sebarang kejohanan golf profesional seperti ini.

“Bila dengar ada peluang jadi tuan rumah untuk kejohanan ADT, kami pantas rebut peluang tersebut walaupun pada saat akhir,” katanya.

Tambah beliau, kejohanan itu juga diadakan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-77 Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.