Saya tiada niat ‘kenakan’ Tomok - Bob Yusof

Saya tiada niat ‘kenakan’ Tomok – Bob Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi, Bob Yusof terkilan apabila dirinya dipersalahkan dan dituduh penonton sebagai punca Tomok menerima kritikan pedas daripada juri pada persaingan minggu suku akhir program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), malam kelmarin.

Memohon maaf kepada semua pihak, termasuk peminat Tomok, Bob berkata, dia tidak berniat untuk ‘mengenakan’ penyanyi itu apabila memilih lagu Awas nyanyian asal KRU pada persembahan tersebut.

“Orang luar boleh cakap apa sahaja dan salahkan saya kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku di belakang pentas. Awas sebenarnya memang ada dalam senarai lagu pilihan Tomok.

“Saya pula diberi tugasan untuk memilih dan melihat kepada senarai lagu pilihannya, boleh dikatakan genrenya hampir sama. Saya tahu Tomok mahu membawa kelainan dalam setiap persembahan.

“Saya fikir, dia pernah bawa lagu Backstreet Boys dengan baik dan Awas juga lebih kurang sama. Jadi, saya pilih lagu itu kerana yakin Tomok boleh membawakannya dengan baik,” katanya.

Bob turut menegaskan, dia tidak mempunyai niat buruk terhadap rakan baiknya itu.

“Saya tiada niat untuk ‘pedajal’ sesiapa. Kami semua sokong satu sama lain. Daripada kita nak jatuhkan orang, bukankah lebih baik bangunkan sesama kita.

“Bagi saya, semua peserta GV9 hebat dan masing-masing ada kredibiliti sebagai penyanyi. Ada masa kita tidak dapat buat persembahan yang baik.

“Saya sendiri pernah berada pada kedudukan bawah kerana setiap persembahan ada tingkat kesukaran yang berbeza. Tapi, kesusahan itu orang tidak tahu,” katanya.

Pada konsert tersebut, juri tetap, Datuk Ramli MS, menganggap persembahan Tomok yang mendapat markah 67.30 peratus tidak mencapai standard kebiasaan, sekali gus meletakkan penyanyi itu pada kedudukan rapuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya