Saya terpaksa guna simpanan sendiri untuk bertanding PRU15 - Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Saya terpaksa guna simpanan sendiri untuk bertanding PRU15 – Dr. Mahathir

DR. Mahathir Mohamad dikerumuni penyokongnya ketika hadir ke Ceramah Negarawan Bersama Dr. Banjir Gegar Ampang di Pangsapuri Nilam, Bandar Baru Ampang, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air, Tun Dr. Mahathir Mohamad malam ini mendedahkan parti yang diasaskannya itu terpaksa menggunakan wang simpanan sendiri semata-mata untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) demi mengembalikan pentadbiran negara kepada parti yang bersih, tanpa salah guna kuasa dan korupsi.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri berkata, tiada siapa pun termasuk orang kaya yang mahu membantu dan menderma wang kepada parti baharu itu kemungkinan disebabkan situasi ekonomi yang tidak menentu.

“Apa yang saya terpaksa buat adalah menjual saham saya semata-mata untuk bertanding,” katanya dalam sidang akhbar selepas memberi ceramah Negarawan Bersama Dr. Banjir Gegar Ampang, Pangsapuri Nilam, Bandar Baru Ampang, malam ini.

Beliau hadir bersama isteri, Tun Dr. Hasmah Ali dan calon Pejuang bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Mohd. Rafique Rashid Ali dan calon Parlimen Ampang, Nurul Asyikin Mabahwi.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mendedahkan ketika zaman pentadbirannya, Perdana Menteri dan Menteri tidak memiliki sumber kekayaan yang banyak berbanding semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas dirinya meletakkan jawatan.

“Zaman saya mereka tak kaya,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) mengakui hidupnya sebagai Perdana Menteri memiliki kelebihan sebagai penjawat awam seperti diberi dua atau tiga kereta, boleh menggunakan pesawat kerajaan untuk pergi ke mana-mana termasuk luar negara atas faktor kerja.

“Bahkan bil air, elektrik dan cukai tanah juga ditanggung kerajaan. Saya adalah menyimpan sikit-sikit dan beli rumah tapi tidaklah sampai kaya raya.

“Seorang lagi Menteri yang sudah meninggal dunia juga begitu sampai berebut harta,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir menambah, beliau juga pernah berhabis wang demi untuk perbelanjaan PRU.

“Terpaksalah keluar sedikit demi memastikan medan PRU ini digunakan untuk menukar kerajaan.

“Kita bukan hanya nak menang di Ampang tetapi lebih 112 kerusi supaya boleh tubuh kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya