Saya tak pernah halang, Lisa tahu tanggungjawab dia - Yusry

Saya tak pernah halang, Lisa tahu tanggungjawab dia – Yusry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim tidak pernah menghalang isterinya, Datin Lisa Surihani untuk terus aktif berlakon.

Jelas Yusry, Lisa tahu tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, namun masih lagi terbuka sekiranya produksi mampu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

“Saya tak pernah kata tidak. Itu pilihan dia. Cuma, dia boleh jalani penggambaran selama 12 jam sehari. Itu ketetapan yang dia berikan.

“Jika ada penerbit setuju, saya fikir Lisa tidak ada masalah. Saya sendiri sekarang mengamalkan masa penggambaran tidak lebih 12 jam.

“Kalau shooting terlalu lama, mood dan emosi boleh lari. Saya mahu kekalkan momentum, emosi kru serta pelakon. Jadi, saya tetapkan had masa kerja selama 12 jam sahaja,” katanya.

Pengarah Nenek Bongkok Tiga yang bakal ditayangkan tahun depan itu ditemui ketika pelancaran program baharu platform penstriman, Viu Upfront 2023, di sini.

Dalam pada itu, Yusry juga memaklumkan, dia bakal mengarahkan dua filem tahun hadapan, namun merahsiakan genre dan barisan pelakon yang terlibat.

“Kita lihat momentum penerimaan penonton terhadap filem tempatan sangat mengagumkan. Saya gembira melihat industri perfileman negara kembali bernafas, malah lebih kencang.

“Saya sedang meneliti dan berbincang. Tetapi, perancangan untuk menghasilkan dua filem itu sudah ada. Tak boleh bagitahu dulu genre apa.

“Ramai yang harapkan filem epik seperti Mat Kilau. Tetapi saya fikir, tidak bolehlah kita mahu guna formula sama. Apa yang penting jalan cerita dan skrip,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya