Saya sedia dipecat, tetap tidak akan bersama PH - Ismail Sabri

Saya sedia dipecat, tetap tidak akan bersama PH – Ismail Sabri

TANGKAP layar Insta story milik Nina Ismail Sabri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, beliau sedia dipecat daripada parti berbanding bersetuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Penegasan itu dibuat dalam satu mesej perbualan kumpulan WhatsApp, Ketua-Ketua Bahagian UMNO Malaysia yang dikongsikan anak beliau, Nina Ismail Sabri menerusi Instagram story, miliknya hari ini.

“Saya sedia dipecat…tetap tidak akan bersama PH,” tulis Ismail Sabri menerusi tangkap layar itu.

Komen itu kemudian disambut baik bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas yang menyokong penegasan Ismail Sabri itu.

Nina kemudian menulis kapsyen “Biar tak berkuasa, jangan tak berprinsip.”

Sebelum ini, Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sedia dipecat oleh parti sekiranya kepimpinan parti tetap menjalinkan kerjasama membentuk kerajaan bersama PH.

Terbaharu, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan, Perikatan Nasional (PN) dan PH perlu bergabung dan menubuhkan kerajaan sebagai mengambil kira kedua-dua parti berkenaan mendapat bilangan undi yang lebih tinggi.

Kata beliau, BN yang telah ditolak rakyat pula bersedia untuk menjadi pembangkang yang bertanggungjawab untuk menjalankan tugas semak dan imbang kerajaan baharu tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya