Saya bukan KJ 'kaki janji' - Ramanan

Saya bukan KJ ‘kaki janji’ – Ramanan

R. RAMANAN (tengah) bergambar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor (kiri) dan ADUN Paya Jaras, Mohd. Khairuddin Othman (kanan) pada Ceramah Umum Kota Damansara, di Seksyen 4, Kota Damansara, di Sungai Buloh, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Calon Pakatan Harapan (PH), Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan berkata, beliau bukan seorang ‘kaki janji’ atau singkatannya KJ.

Timbalan Ketua Penerangan I PKR itu berkata, beliau tidak seperti calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yang disifatkan sebagai seorang yang berjanji manis.

“Saya tidak mahu jadi macam KJ. Apa itu KJ? Saya tidak mahu menjadi ‘kaki janji’, yang saya boleh buat saya akan cakap saya boleh buat, yang tidak boleh buat tidak akan saya cakap boleh buat.

“Baru-baru ini dia cakap dia Perdana Menteri (PM) man, dia KJ man, dia Pas man, kemudian dia cakap Sungai Buloh man dan mungkin lepas ini dia akan cakap dia Ultraman, kelakar betul,” katanya.

Ramanan turut mendakwa, Khairy hanya memperguna penduduk Sungai Buloh sebagai batu loncatan untuk beliau memegang jawatan serta mengejar glamour.

“Buat masa ini kalau tengok Khairy dia sudah mula ‘flip flop’, mula-mula cakap A tiba-tiba cakap B dan saya bukan mahu menyerang peribadi dia tetapi saya tidak mahu penduduk Sungai Buloh tertipu.

“Dia mahu jadi Perdana Menteri, dia hendak berpolitik di luar dan cari jalan macam mana hendak jadi Perdana Menteri, kebajikan anda bukan keutamaan dia,” katanya.

Jelas Ramanan, beliau tidak pernah mengimpikan menjadi Perdana Menteri kerana keinginannya adalah untuk berkhidmat kepada penduduk di Sungai Buloh.

Beliau turut meminta pengundi Sungai Buloh melihat semula sekiranya mereka mahu Khairy menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

“KJ mungkin menjadi Perdana Menteri dalam tempoh 10 tahun tetapi jika anda undi saya, anda akan dapat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dalam 10 hari,” katanya.

Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Khairy (BN), Ramanan (PH), Mohd. Ghazali Md. Hamin (PN), Mohd. Akmal Mohd. Yusof (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan Nurhaslinda Basri serta Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof masing-masing calon Bebas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.