Saman Najib terhadap Tommy Thomas remeh

Saman Najib terhadap Tommy Thomas remeh

TOMMY THOMAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berjaya membatalkan saman yang difailkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menuntut ganti rugi melebihi RM1.9 juta.

Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi, Datuk Ahmad Bache memutuskan bahawa saman yang difailkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu remeh, tidak mempunyai klausa tindakan yang betul, tidak boleh dipertahan dan merupakan salah guna proses mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan Najib membayar kos sebanyak RM12,000.

NAJIB TUN RAZAK

Najib memfailkan saman itu pada 22 Oktober 2021 dan mendakwa pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadapnya sebahagian daripada perbuatan yang dirancang lebih awal oleh Tommy dan ia juga selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

Tuduhan-tuduhan tersebut membabitkan 35 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya kecuali pertuduhan membabitkan kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd., merupakan sesuatu yang telah lama dirancang oleh Tommy.

Oleh itu, Najib juga menuntut ganti rugi sebanyak RM1,941,988 iaitu kos-kos yang terpaksa ditanggung akibat pendakwaan tersebut seperti bayaran rundingan pasukan audit untuk melakukan semakan dokumentasi.

Sementara itu, Tommy dan kerajaan melalui notis difailkan pada 18 November 2021 memohon mahkamah membatalkan saman berkenaan dengan alasan jika diteruskan dan didengar akan menyebabkan kes jenayah terhadap Najib yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi tergendala.

Melalui afidavit sokongan diikrarkan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, menyatakan mengikut Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan subseksyen 376(1) Kanun Acara Jenayah, Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya mempunyai kuasa menurut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan jenayah. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya