Saiz Kabinet kecil, gaji anggota Kabinet dikurangkan - PM

Saiz Kabinet kecil, gaji dikurangkan – PM

ANWAR Ibrahim meluangkan masa menyantuni pengunjung di Medan Selera Presint 8, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan komitmen berhubung pembentukan Kabinet di bawah pimpinan beliau adalah bersaiz kecil iaitu tidak dianggota jemaah menteri yang ramai.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, beliau turut mengusulkan supaya anggota Kabinet baharu untuk bersetuju agar gaji mereka dikurangkan.

Namun, kata beliau, perkara itu memerlukan proses perbincangan dan persiapan yang akan diselesaikan seberapa segera mungkin.

“Saiz Kabinet kecil dan saya minta supaya ahli Kabinet baharu bersetuju dengan usul saya untuk kurangkan gaji mereka. Tapi ini dalam proses perbincangan dan persiapan.

“Kita kena faham bahawa kerajaan perpaduan bermakna seorang Perdana Menteri harus merujuk kepada parti masing-masing yang mengusulkan nama-nama (cadangan anggota Kabinet) dan saya harus memberikan pertimbangan sedemikian,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas secara rasmi memulakan tugas sebagai Perdana Menteri ke-10 di Pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.