Reformasi JAC perlu pindaan akta di Parlimen

Reformasi JAC perlu pindaan akta di Parlimen

KHAIRUL ANWAR RAHMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan supaya Perdana Menteri tidak terlibat dengan pencalonan ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) memerlukan pindaan akta di Parlimen dan memasukkan beberapa pengukuhan proses perlantikan supaya ia tidak semata-mata secara pentadbiran.

Pengamal Undang-Undang, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, secara pentadbirannya, Perdana Menteri sebelum melantik Ahli JAC akan merujuk kepada beberapa Badan Kehakiman sama ada dari Semenanjung Malaysia, Sabah serta Sarawak untuk mendapatkan maklum balas.

Sehubungan itu, katanya, Perdana Menteri secara amalan pentadbirannya akan berunding dengan pihak-pihak berkenaan untuk mengelakkan tohmahan tidak baik terhadap ketelusan proses perlantikan hakim.

“Cadangan ini memerlukan kajian yang mendalam serta wajar dirunding dengan pihak-pihak berkepentingan.

“Sementara kita boleh menangkap maksud tersirat cadangan ini iaitu untuk mengurangkan pemusatan kuasa Perdana Menteri, perkara ini perlu diperhalusi oleh pengamal undang-undang keseluruhannya.

“Penambahbaikan boleh dibuat terhadap proses perlantikan ini dengan meminda akta dan memasukkan beberapa pengukuhan. Maksudnya mesti ada panduan dan termaktub dalam undang-undang bahawa Perdana Menteri perlu merundingi pihak-pihak berkecuali sebelum memutuskan keahlian Ahli JAC,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, kedudukan Perdana Menteri bagaimanapun tetap perlu dihormati kerana beliau mempunyai legitimasi atau keabsahan.

Katanya, ini kerana Perdana Menteri dipilih oleh rakyat.

“(Namun) pihak-pihak yang dirundingi itu siapakah mereka? Adakah benar-benar bebas dan berkecuali dan apakah punca kuasa mereka,” soalnya.

Terdahulu, Majlis Raja-Raja menyarankan pelantikan lima lagi Ahli JAC tidak dibuat oleh Perdana Menteri kerana suruhanjaya itu memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan pelantikan hakim.

Baginda bertitah, keanggotaannya adalah kritikal untuk memastikan JAC terus menjadi amalan dan pegangan semua berkemampuan mengemukakan nama-nama hakim yang berintegriti dan berkaliber. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.