[RASMI] PH kekal mempertahankan kerusi Sepang

[RASMI] PH kekal mempertahankan kerusi Sepang

malaysia mengundi pru15
Malaysia Mengundi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Calon Pakatan Harapan (PH), Aiman Athirah kekal mempertahankan kerusi Parlimen Sepang untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) dengan memperoleh majoriti 8,949 undi.

Beliau mendapat 56,264 undi dengan berjaya mengatasi tujuh lagi calon lain termasuk menteri, Datuk Seri Rina Mohd. Harun dari Perikatan Nasional yang sekadar menerima 47,315 undi. 

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRU15 P113 Sepang, Datuk Abd. Hamid Hussain di Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi di sini pukul 12.40 tengah malam tadi.

Kerusi Sepang mengandungi sebanyak 288 saluran pengundian yang melibatkan keseluruhan seramai 168,039 pengundi berdaftar termasuk 1,850 pengundi awal dan 51 pengundi pos.

Seramai 137,955 pengundi atau 83.12 peratus keluar menunaikan tanggungjawab dengan sejumlah 1,423 kertas undi telah ditolak dan 289 kertas undi lagi tidak dikembalikan,

Dua saingan terdekat iaitu calon Barisan Nasional (BN), Anuar Basiran memperoleh 31,097 undi manakala Datin Paduka Che Asmah Ibrahim dari Parti Pejuang Tanah AIr cuma 2,337 undi.

Sementara Datuk Daud Leong Abdullah (Parti Utama Rakyat) 264 undi; Nageswaran Ravi (Parti Rakyat Malaysia) 165 undi, Muneswaran Muthiah (Bebas) 194 undi dan Syahrul Amri Mat Sari (Bebas) 319 undi.

Ketika PRU14 pada 2018 lalu, calon PH, Mohamed Hanipa Maidin terus mengekalkan kerusi itu untuk penggal kedua dengan memperoleh majoriti 18,705 undi apabila meraih 46,740 undi. 

Peguam tersebut berjaya menewaskan calon BN, Datuk Marsum Paing yang mendapat cuma sebanyak 28,035 undi dan calon Pas, Sabirin Marsono yang menerima hanya 15,882 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya