Rakyat Malaysia pelik jika tak beri kemenangan PH - Mat Sabu

Rakyat Malaysia pelik jika tak beri kemenangan kepada PH – Mat Sabu

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menganggap rakyat negara  ini sebagai pelik sekiranya tidak membenarkan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara dalam keadaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) berdepan perpecahan ketika ini.

Katanya, ini adalah kali pertama UMNO berada dalam keadaan kucar-kacir menjelang hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), esok.

“Dalam sejarah, tak pernah lagi kita hadapi PRU dalam keadaan UMNO kucar-kacir. Inilah pertama kali dan kalau kita (PH) tak boleh ambil alih, kira pelik sungguhlah orang Malaysia ini. Orang atau plastik, saya tak tahulah. UMNO sedang teruk sekarang ini,” katanya ketika berucap dalam Siri Jelajah Mega Harapan di Dataran Harapan Baru, Stargate, di sini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, UMNO sedang berpecah dengan ramai dalam kalangan individu yang disifatkan sebagai ‘orang kanan’ parti itu tidak ‘lekat’ sebagai calon.

“Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Shahidan Kassim serta Tan Sri Noh Omar semua tak lekat. Tak tahulah mungkin dengan ucapan kita malam ini, esok mereka tukarkan semula. Tetapi memang berkecamuk hingga ada yang tutup pusat daerah mengundi dan sebagainya. Kita pun ada juga masalah sedikit tetapi Alhamdulillah, semuanya telah selesai dan kita bergerak sebagai satu pasukan menghadapi PRU15,” katanya.

Sementara itu, Mat Sabu ketika ditemui pemberita selepas berakhir ceramah tersebut menyifatkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai pembohong apabila mendakwa terdapat rancangan untuk menjalin kerjasama antara PH dan UMNO selepas PRU15.

“Itu bohong, Abdul Hadi bohong. Itu saja saya nak cakap dan beliau memang suka berbohong kebelakangan ini,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.