Putrajaya, Ketereh mesti dikuasai PN - Radzi

Putrajaya, Ketereh mesti dikuasai PN – Radzi

RADZI Jidin berucap pada pelancaran 50 Tawaran #EraBaharuPutrajaya di Sunset Glashaus, Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: – Bukan sahaja kerusi Putrajaya, malah Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin mahu kerusi Ketereh yang dipimpinnya sejak 2020 turut ditakluki Perikatan Nasional (PN) pada 19 November ini.

Radzi yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ketereh berkata, perjuangannya di Putrajaya dan Ketereh boleh diibaratkan seperti ‘satu peluru, tembak dua ekor burung’.

Menurutnya, beliau komited dalam memastikan dua kerusi Parlimen ini jatuh ke tangan PN pada 19 November ini.

“Saya masih lagi memegang jawatan Ketua Bahagian Bersatu Ketereh sejak 2020. Walaupun saya bertanding di Putrajaya namun, saya juga akan pastikan Ketereh turut menang.

“Ketereh ada calon yang amat baik. Calon PN Ketereh, Jeneral (B) Datuk Khlir Mohd. Nor adalah bekas pengarah perisikan tentera,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan 50 Tawaran Dr. Radzi Jidin Untuk Putrajaya, di sini, malam tadi.

Katanya, Khlir adalah sahabatnya dan beliau akan pastikan Khlir mendapat sokongan anggota tentera khususnya di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas.

Ditanya sama ada beliau akan kembali bertanding di Ketereh jika tidak dipilih pada 19 November ini, Radzi berkata, beliau menyatakan akan terus berada di Putrajaya.

“Saya memang duduk di sini pun. Sebab itu bila diberi tugasan besar untuk berada di Putrajaya, memang saya berada di Putrajaya dan parti rasa saya paling sesuai di sini,” katanya.

Katanya, beliau turut merasakan ia ruang terbaik untuk menyumbang kepada warga Putrajaya dan akan berusaha yang terbaik pada 19 November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.