PRU15: Sasaran BN menang 10 kerusi di Kedah relevan

PRU15: Sasaran BN menang 10 kerusi di Kedah relevan

JAMIL Khir Baharom (tengah) bersama 14 lagi calon BN Parlimen Kedah pada Majlis Penyerahan Watikah Calon-Calon Parlimen BN Kedah di Bangunan Tunku, Alor Setar, hari ini. - FOTO/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sasaran 10 kerusi Parlimen ditetapkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada BN Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah sesuatu yang sangat relevan dan diyakini boleh dicapai.

Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya sudah pun membuat perkiraan tertentu berhubung sasaran tersebut, hasil usaha penting dijalankan jentera Jalinan Rakyat (JR).

Menurutnya, jentera JR tersebut tidak lagi sekadar membuat laporan bersandarkan khabar-khabar angin atau sembang di kedai kopi sebaliknya menekuni satu demi satu maklumat diterima dengan lebih mendalam.

“Bagi saya 10 kerusi yang ditetapkan beliau untuk dicapai itu bukan satu beban buat kami. Jentera JR membuat perkiraan seorang demi seorang dan bersandarkan neraca timbang itu, Presiden (Ahmad Zahid) yang berada di tempat tertinggi menimbangkannya dengan beberapa maklumat lain sebelum membuat kesimpulan.

“Kalau kena caranya kita berkempen dan memujuk pengundi supaya balik mengundi BN, saya rasa sasaran 10 kerusi adalah sangat relevan dan boleh dicapai. Jika dapat lebih, Alhamdulillah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Watikah Calon-Calon Parlimen BN Kedah di Bangunan Tunku, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, pengalaman serta rekod lampau BN dalam menerajui negara diyakini mampu menjadi modal untuk gabungan tersebut memenangi hati rakyat serta mencapai sasaran tersebut.

“Di negara ini kita sudah melihat bagaimana kerajaan dan urus tadbir negara berubah sebelum ini. Masing-masing sudah dapat lihat rekod lampau BN, PH dan PN mentadbir negara dan boleh membuat penilaian.

“Saya meletakkan keyakinan sangat tinggi bawah semua pengalaman dalam kalangan menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen daripada BN dapat dijadikan modal untuk memikat pengundi dalam PRU kali ini,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat protes terhadap calon-calon yang menerima watikah itu, Jamil Khir berkata, perkara itu tidak berlaku.

“Tak ada protes tetapi biasalah apabila tiba PRU, pasti akan ada calon tertentu yang dimahukan untuk bertanding. Tetapi saya sifatkan UMNO ini umpama penyu di Rantau Abang (Terengganu).

“Sesudah bertelur, penyu itu akan berenang ke sana-sini termasuk ke negara-negara lain tetapi apabila nak bertelur saja, dia mesti balik ke Rantau Abang. Begitu jugalah UMNO dengan kadang-kadang ada jugalah terluka tetapi pada akhirnya, masing-masing akan balik semula,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya