PRU15: Petugas SPR Pulau Pinang siap sedia pastikan kelancaran hari mengundi esok - Utusan Malaysia

PRU15: Petugas SPR Pulau Pinang siap sedia pastikan kelancaran hari mengundi esok

PARA petugas SPR membuat pemeriksaan peti undi untuk dibawa ke pusat-pusat mengundi menjelang hari pengundian esok di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang hari ini. - Pix IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seramai 18,060 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bersiap sedia untuk memastikan kelancaran proses pengundian di Pulau Pinang esok.

Jurucakap SPR Pulau Pinang berkata, kesemua petugas akan berada di pusat-pusat mengundi yang ditetapkan seawal pukul 6 pagi esok bersama anggota polis.

“Kesemua 18,060 petugas kini dalam fasa akhir untuk menyediakan kelengkapan bagi proses pengundian esok dan kesemuanya berada dalam keadaan siap sedia.

“Undi akan dikira sebaik sahaja proses pengundian diumumkan tamat pukul 6 petang esok,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Sri Pinang di sini mendapati, petugas-petugas SPR bagi Parlimen Tanjong sedang memeriksa kelengkapan seperti peti undi dan sebagainya untuk dibawa ke pusat-pusat undi Parlimen Tanjong.

Pegawai Pengurus Parlimen Tanjong, Rozita Hamid berkata, petugas-petugas bagi Parlimen Tanjong menjalankan sesi semakan peralatan dan semakan wajib membabitkan kertas undi, dakwat dan sebagainya pagi tadi.

“Kita jalankan persediaan akhir untuk mengundi esok dan Ketua-Ketua Pusat Mengundi menyemak semua kelengkapan yang perlu dibawa ke pusat mengundi di sini,” katanya.

Tambahnya, terdapat 114 saluran dengan 37 pusat undi dibuka di Parlimen Tanjong.

“Tidak ada saluran khas Covid-19 dibuka, jadi mana-mana pengundi yang positif Covid-19 perlu memaklumkan perkara ini kepada petugas dan mereka akan diuruskan oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.