pru15-lebih-1-juta-rakyat-pahang-dijangka-keluar-mengundi-esok

PRU15: Lebih 1 juta rakyat Pahang dijangka keluar mengundi, esok

ZAMREE Hamli ketika membuat lawatan ke SK Bukit Setongkol bagi melihat persiapan awal dilakukan pegawai-pegawai SPR di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 1.12 juta rakyat di negeri ini bakal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.

Pengarah SPR negeri, Datuk Zamree Hamli berkata, mereka akan mengundi di 522 pusat mengundi biasa membabitkan 2,023 saluran yang telah ditetapkan.

“Daripada jumlah itu, seramai 2,917 adalah pengundi yang berusia 90 tahun ke atas. Proses pengundian pada esok bermula pada pukul 8 hingga 6 petang kecuali di beberapa kawasan pendalaman.

“Seramai 18,558 petugas ditempatkan di pusat mengundi biasa yang diketuai 14 Pegawai Pengurus SPR setiap Parlimen,” katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Setongkol di sini. 

Beliau membuat tinjauan dan melihat  petugas SPR yang melakukan persiapan awal seperti menyusun atur kerusi, meja, menampal poster dan papan tanda bagi membolehkan proses pengundian diadakan.

Sementara itu, Zamree menasihatkan pengundi membuat semakan awal melalui aplikasi MySPR Semak bagi memudahkan urusan.

“Melalui semakan itu, pengundi akan mendapat maklumat lokasi pusat mengundi biasa dan mengetahui saluran ditetapkan.

“Selain itu, pengundi diharap dapat mengikuti masa yang diberikan iaitu mengikut masa untuk mengelak berlaku kesesakan di pusat mengundi,” katanya.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya