PRU15: Kemenangan PH di Nibong Tebal 'kepulangan' kepada rakyat - Utusan Malaysia

PRU15: Kemenangan PH di Nibong Tebal ‘kepulangan’ kepada rakyat

FADHLINA Sidek (tiga dari kiri) ketika ditemui pemberita di tempat penjumlahan undi Dewan Serbaguna Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang selepas diumumkan sebagai pemenang kerusi Parlimen Nibong Tebal pada PRU15 malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Calon kerusi Parlimen Nibong Tebal Pakatan Harapan (PH) Fadhlina Sidek menganggap kemenangan beliau di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semalam sebagai ‘kepulangan’ kepada rakyat.

Beliau yang ditemui Utusan Malaysia semalam berkata, kemenangan tersebut sudah tentu akan membawa kepada perubahan positif dari segi pembangunan di Nibong Tebal untuk dimanfaatkan oleh penduduknya.

“Alhamdulillah dan syukur tak terhingga kerana mandat ini menunjukkan rakyat telah angkat kembali kemenangan kepada PH seterusnya membawa kemenangan besar di Nibong Tebal untuk PRU15 kali ini.

“Jutaan terima kasih juga buat jentera parti dan parti komponen yang bekerja keras dalam memastikan kemenangan milik PH,” katanya sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang kerusi itu malam tadi.

Fadhlina yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat PKR berjaya menawan Parlimen Nibong Tebal apabila menewaskan penyandang untuk dua penggal berturut-turut, Datuk Mansor Othman daripada Perikatan Nasional (PN).

Fadhlina memperoleh undi sebanyak 42,188 mengalahkan Mansor yang mendapat 25,895 undi dengan majoriti sebanyak 16,293.

Calon muka baharu dari Barisan Nasional (BN) pula, Datuk Seri RS Thanenthiran memperoleh sebanyak 10,660 undi manakala calon Bebas, Goh Kheng Huat memperoleh 565 undi dengan jumlah undi ditolak sebanyak 1,021.

Parlimen itu menyaksikan jumlah peratusan keluar mengundi sebanyak 80.43 peratus berbanding jumlah pemilih. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya