PRU15: Johari, Khairuddin berpeluk, bukti politik matang

PRU15: Johari, Khairuddin berpeluk, bukti politik matang

DARI kiri: Khairuddin Abu Hassan, Johari Abdul Ghani, Khalid Abdul Samad dan Dr. Rosni Adam pada Hari Penamaan Calon Parlimen Titiwangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Biarpun bertanding pada PRU15 di gelanggang sama, namun empat calon Parlimen Titiwangsa mempamerkan sikap mesra memasuki pekarangan Pusat Penamaan Calon (PPC).

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang tiba pada 8.52 pagi tadi terus memeluk Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang bertanding atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dengan disaksikan calon Pas mewakili Perikatan Nasional (PN), Dr. Rosni Adam.

Mereka sempat meluangkan masa beberapa minit bersembang mesra dan bertanya khabar.

Khairuddin juga sempat meluahkan kepada dua pesaingnya itu, beliau tidak pasti masa dibenarkan untuk memasuki PPC di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, di sini.

Sebaik Dr. Rosni meminta diri beredar, calon terakhir yang tiba di PPC itu pada 8.59 pagi iaitu calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang mewakili Pakatan Harapan (PH), Khalid Abdul Samad turut bersalam dan beramah mesra sebelum mereka semua memasuki PPC.

Terdahulu Dr. Rosni muncul sebagai calon paling awal tiba di PPC itu kira-kira 8.11 pagi manakala Khairuddin jam 8.40 pagi.

Setakat ini, hanya empat calon hadir menghantar borang penamaan calon bagi kerusi Parlimen Titiwangsa.

Pengumuman rasmi calon yang bertanding dijangka diumumkan Pegawai Pengurus PPC Parlimen berkenaan, Firdzaus Said kira-kira jam 10.30 pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya