PRU15: 15 permit ceramah dikeluarkan PDRM 

PRU15: 15 permit ceramah dikeluarkan PDRM 

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima 115 laporan di seluruh negara berkaitan beberapa insiden berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam sejak pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu sehingga kini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, daripada jumlah laporan itu, sebanyak 24 insiden dikenal pasti berlaku di seluruh negara.

“Saya telah mengarahkan Pengarah Operasi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) PDRM. Datuk Seri Hazani Ghazali berkongsi statistik berhubung insiden-insiden ini dari masa ke semasa untuk kita maklumkan kepada orang ramai.

“Ia untuk menunjukkan kita lebih bertanggungjawab dalam peranan kita sebagai anggota masyarakat,” katanya selepas hadir di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya di sini bagi meninjau proses penamaan calon bagi kawasan P. 121 Lembah Pantai.

Dalam perkembangan berasingan, satu kertas siasatan dibuka di Perak berkaitan jenayah khianat ketika musim PRU-15.

Hazani dalam satu kenyataan memberitahu, kertas siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan susulan laporan polis diterima di negeri terbabit.

Menurutnya, siasatan dijalankan selepas ada pihak mencabut kain rentang parti bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

“Polis juga mengeluarkan 15 permit ceramah kepada parti politik di seluruh negara setakat hari ini.

“Lapan permit dikeluarkan di Negeri Sembilan, tiga di Terengganu, dua di Perlis dan masing-masing satu di Selangor serta Kelantan,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya