Idris yakin kemenangan BN di kerusi Parlimen di Felda meningkat

PRU-15: Idris yakin kemenangan BN di kerusi Parlimen di Felda meningkat

IDRIS Jusoh (empat dari kanan) hadir pada majlis ramah mesra dengan ketua peneroka dan cawangan UMNO DUN Pulau Tawar di di Galeri Mat Kilau di Jerantut, Pahang. - FOTO/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Pengerusi Felda, Tan Sri Idris Jusoh optimis kemenangan Barisan Nasional (BN) di 54 kerusi Parlimen dalam kawasan Felda meningkat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Keyakinan itu katanya, bersandarkan kepada usaha keras agensi terbabit mengatasi masalah berbangkit yang menjadi ‘kemarahan’ masyarakat peneroka di tanah rancangan Felda.

Beliau berkata, pada PRU13, BN menguasai 48 kerusi namun menurun kepada 27 pada PRU14 lalu. 

“Felda pada hakikatnya yang merupakan deposit tetap BN sejak dahulu perlu dipertahankan kerana banyak agenda membantu majoriti orang Melayu meningkatkan sosioekonomi dan sosial penduduk. 

“Kita (Felda) sudah betulkan semula pelbagai dasar berkaitan kebajikan peneroka dan kini berada di landasan terbaik dan sempurna sememangnya amat wajar peneroka di negara ini mengenang budi kerajaan dengan memastikan kemenangan calon BN nanti,” katanya dalam sidang akhbar pada majlis ramah mesra dengan ketua peneroka dan cawangan UMNO DUN Pulau Tawar di di Galeri Mat Kilau di sini hari ini.

Menurut Idris, Felda melaksanakan pelbagai inisiatif membantu golongan peneroka seperti usaha Felda menghapuskan hutang peneroka yang terbeban sebelum ini.

Beliau dalam pada itu yakin peneroka di 13 tanah rancangan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar akan terus memberikan sokongan kepada calon BN, Datuk Nazri Ngah dalam PRU15.

Beliau memberitahu, Nazri yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda telah berusaha keras bagi membolehkan kerajaan negeri menyelesaikan isu PGBF dengan menyerahkankan kepada pemaju untuk kerja membaikpulih bagi meringankan pengurusan Felda.

“Inilah pemimpin yang patut kita contohi dan memberikan sokongan kerana tanpa usaha dan kebijaksanaan beliau, isu PGBF di Pahang masih belum selesai sehingga kini.

“Felda juga telah memberikan laluan kepada kerajaan negeri menyelesaikan isu lot tanah di kawasan Felda dan saya lihat Datuk Nazri Ngah ketika memegang exco kerajaan negeri berkaitan Felda juga menyelesaikan perkara ini dan seramai 4,081 anak peneroka akan menikmati kemudahan tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.