Proses pengundian awal di Kem Terendak, Sungai Udang lancar - Utusan Malaysia

Proses pengundian awal di Kem Terendak, Sungai Udang lancar

ANGGOTA tentera menunggu untuk proses pengundian awal di SK Terendak 2, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 9,570 pengundi berdaftar terdiri daripada anggota tentera dan pasangan di Kem Terendak dan Kem Sungai Udang di sini, menunaikan tanggungjawab mengundi awal di empat pusat pembuangan undi (PPU), pagi ini.

Bagi dua kem tersebut, seramai 7,571 anggota tentera pelbagai pangkat dan 1,999 pasangan terlibat dalam proses pembuangan undi berkenaan.

Tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Terendak 2 mendapati, proses demokrasi itu bermula sejak pukul 7.30 pagi bagi menunaikan tanggungjawab sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Waktu pengundian di empat PPU berlangsung pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Empat PPU yang beroperasi adalah SK Terendak 2, SK Terendak 1, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terendak serta Dewan Borhan di Kem Sungai Udang.

Bagi lokaliti Kem Terendak dan Kem Sungai Udang, proses pengundian awal adalah bagi kerusi Parlimen Tangga Batu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.