Presiden Cake cabar Saifuddin di Kulim Bandar Baharu

Presiden Cake cabar Saifuddin di Kulim Bandar Baharu

MOHAMAD Yusrizal Yusoff (dua kiri) akan menentang Saifuddin Nasution Ismail (dua kanan) dan dua lagi calon, Muhar Hussin (kanan) dan Roslan Hashim (tiga kiri) pada pengumuman calon Parlimen Kulim Bandar Baharu di Kulim, Kedah. -UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff diumumkan antara calon Parlimen Padang Serai di bawah tiket Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Pilihan Raya Umum (PRU15) kali ini.

Mohamad Yusrizal akan menentang penyandang, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail daripada Pakatan Harapan (PH) yang juga Setiausaha Agung PKR di kerusi tersebut.

Dua lagi calon yang mengesahkan penyertaan ialah Datuk Muhar Hussin daripada Barisan Nasional (BN) dan Roslan Hashim yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Pada PRU14, Saifuddin Nasution menang dengan majoriti 4,860 undi menewaskan calon BN, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir serta calon Pas, Hassan Razak.

Sementara itu di kerusi Parlimen Padang Serai, tiga muka baharu menjadi antara calon kerusi itu yang akan bertanding dalam saingan enam penjuru.

Penyandang kerusi, M. Karupaiya daripada PH akan ditentang lima calon lain termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India Kedah, Datuk Azman Nasrudin mewakili PN.

BN pula akan diwakili Datuk C. Sivarraajh yang merupakan bekas Ketua Pemuda MIC dan sebelum ini bertanding di Parlimen Cameron Highlands.

Sementara itu, antara muka baharu ialah Hamzah Abd. Rahman daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang kini bersama Gerakan Tanah Air (GTA) dan Mohd. Bakhri Hashim (Warisan) serta calon bebas, Sri Ananda Rao. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.