Prabakaran perlu buktikkan disogok MIC RM10 juta

Prabakaran perlu buktikkan disogok MIC RM10 juta

P. Prabakaran bergambar selepas sesi penamaan calon  SMK Sentul Utama. - UTUSAN/AMIR KHALID 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Parlimen Batu, P. Prabakaran digesa membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membuktikan dakwaannya disogok MIC sebanyak RM10 juta adalah benar.

Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batu, Rozan Azen Mat Rasip berkata, kegagalan Prabakaran melaporkan perbuatan rasuah itu kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) juga adalah satu kesalahan.

Katanya, tindakan Prabakaran mendiamkan diri menimbulkan kekeliruan kerana beliau turut mendakwa mempunyai bukti tetapi memilih berdiam dan seolah-olah tidak serius dalam memerangi gejala rasuah.

“Keperluan tindakan mengikut lunas undang-undang ini adalah mustahak kerana kenyataan Prabakaran bahawa beliau menerima sogokan sebanyak dua kali tetapi tiada sebarang tindakan penyiasatan atau permulaan aduan dilakukan oleh beliau sendiri. 

“Ini semua juga menimbulkan tanda tanya kesahihan dakwaan Prabakaran yang menyatakan selama ini beliau ada bukti, namun dibiarkan senyap sahaja tanpa tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan, Datuk S. Rajah membuat laporan polis terhadap dakwaan Prabakaran ditawar RM10 juta untuk menyertai parti komponen Barisan Nasional itu.

Walau bagaimanapun, Prabakaran tetap menegaskan bahawa dakwaannya benar dan mempunyai bukti kukuh mengenai perkara tersebut.

Rozan Azen berkata, Prabakaran perlu segera tampil membuktikan bahawa dakwaannya benar sebelum dikenakan tindakan yang hanya akan memakan diri beliau sendiri.

“Difahamkan pihak polis membuka kertas siasatan mengikuti Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Dapat dijangka tindakan perundangan ini berlaku kerana tiadanya laporan aduan dan penampilan bukti oleh pihak Prabakaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya