ALOR GAJAH: Pernah bergelar Ketua Menteri Melaka Ke-11 selepas Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) memberi kelebihan kepada calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari untuk mendekati pengundi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui, lebih mudah memperkenal diri sebagai calon kerana rakyat boleh menilai sendiri apa yang dilaksanakannya sepanjang mentadbir kerajaan negeri selama 22 bulan. Beliau berkata, jawatan Ketua…







